Klinik Perubatan Newcastle

Berpusat di Eco Botanic di Nusajaya, Johor, Klinik Perubatan Newcastle menumpukan pada penyediaaan penjagaan pesakit yang berkualiti dengan perhatian yang sepenuhnya terhadap kecemerlangan klinikal dan keselamatan pesakit, serta kesungguhan dan komitmen yang tiada tandingannya dalam menawarkan pengalaman yang optimum kepada pesakit sepanjang masa.

Bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang sedia akses dan berkesan kos yang memenuhi keperluan komuniti sekitar, Klinik Perubatan Newcastle dilengkapi dengan kemudahan yang terkini. Disokong oleh pengetahuan akademik yang kukuh dengan pendekatan bertumpu kepada pesakit dan berasaskan bukti yang setanding dengan garis panduan antarabangsa, kami mampu menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menyeluruh untuk semua peringkat umur, termasuk perubatan keluarga, pemeriksaan kesihatan, prosedur pembedahan kecil dan elektrokardiografi serta perkhidmatan sokongan yang lain.

Testimoni

Apa Kata Pesakit Kami

FAQ

Soalan Kerap Tanya

Sila hubungi kami di 07-555 4010 atau klik di sini untuk tempahan janji temu.

Sila hubungi kami di 07-555 4010 untuk pembatalan atau penjadualan semula.

Ya, kami menyediakan vaksinasi kanak-kanak & orang dewasa. Walau bagaimanapun, tempahan diperlukan untuk vaksin yang tertentu. Sila hubungi kami secara terus untuk butiran.

Kami menerima wang tunai, kad & pindahan wang melalui bank.

Kami menerima insurans Mediclinic, IHP, Micare (Panel Tertutup – NUMed).

Anda boleh terus menghubungi kami atau e-melkan kepada kami di nmc.admin@newcastle.edu.my untuk bantuan lanjut.

Tidak menemui jawapan untuk pertanyaan anda? Hubungi kami di 07-5554010.
ms_MYMalay